Inikah peranan seorang abang?
Tadi terbaca satu cerita tentang kanak kanak sekarang main kawen kawen secara 'luar biasa'. Kalau kita dulu main kawen kawen tu hanya letak dua kerusi, lepas tu duduk sebelah sebelah. Ada la dua orang pengapit dok kipas kipas dengan muka poyonya. haha. okay dah. sampai situ je. Maknanya dah kawen la.
Sekarang, dengan penggunaan media sosial yang terlampau meluas dan melampaui batas, drama drama mengarut yang makin meliar, iklan iklan di kaca tv yang terlalu nak tunjuk semua benda, kanak kanak semakin terpengaruh. Pemikiran mereka tentang kawen bukan hanya pada dua kerusi.
Teringat aku pada satu pengalaman ketika menjadi guru tuisyen di salah sebuah pusat tuisyen dulu. Aku mengajar budak darjah 2 dan 3 masa tu.
*watak adalah bukan nama sebenar*
"Weh hang pakai tak tutup aurat. Nanti aku bawak hang masuk bilik hotel baru hang tau" kata Muaz kepada si Mira yang pakai tshirt lengan pendek 'Langkawi', seluar panjang dan tudung instant.Bagi aku, okaylah tu. budak baru Darjah 3.
"hang sibuk kenapa?senyap lah" Mira
"hang cakap la mcm tu. Aku bawak masuk betul betul baru hang tau. Tak pon aku bawak hang masuk semak mana mana. Bukak baju hang padan muka!" jawab Muaz lagi
Aku yang dengar terus terkejut. Kesian si Mira. Merah menyala muka dia, segan dengan kawan kawan lain agaknya.
Lepastu aku cakap dekat Muaz. "mana Muaz belajar cakap pelik pelik ni? Tak baik cakap macam tu. Tuhan marah tahu tak"
"Betul la cikgu. Dia tak tutup aurat. Cikgu tahu tak saya tengok dalam cerita, Ada perempuan tu dia pakai seksi lepastu kena bawak masuk dalam bilik, kena bukak baju dalam gelap"
Weh cuba bayangkan budak sekecil ini je baru jawab macam tu. Curious betul aku cerita apa la yang dia tengok tu. ish
"cerita apa Muaz tengok tu? mengarutlah"
"tak tau cerita apa. Tapi saya tengok abang saya tengok. Saya tengok la sekali"
"masa tu mak awak pergi mana?"
"mak kerja kilang. saya duduk dengan abang ja dekat rumah. Abang ingat saya tidoq, cikgu. Tapi saya tak tidoq pon sebenaqnya" jawab dia sambil merenyeh tunjuk gigi.
Aku speechless kejap. Then aku cakap la "tak baik tau Muaz tengok cerita cerita macam tu. Lepas ni jangan tengok lagi. Muaz kata nak jadi anak yang baik kan. Anak yang baik tak tengok benda2 mengarut macam tu tau. Dah, sambung buat kerja. Siapa siap awal, boleh keluar awal"
"Alaa cikgu. Abang saya boleh tengok, takkan saya tak boleh"
Aku buat buat tak dengar apa yang dia cakap dan cuba alih tumpuan dekat pelajar pelajar lain sebab semua orang macam dah berenti buat kerja. Sibuk dengar cerita Muaz.
Sedar tak, kita selalu salahkan mak ayah sebab tak didik anak dengan betul. Kita salahkan mak ayah sebab terlalu sibuk bekerja sampai lupa tanggungjawab. Tapi kita lupa fungsi adik beradik dalam membentuk organisasi keluarga yang baik. Tanggungjawab sebagai adik beradik juga wujud tahu tak. Terutamanya bagi adik beradik yang lebih tua seperti abang atau kakak.
Kita sebagai abang atau kakak sepatutnya jadi contoh yang baik untuk adik adik. Ye lah, kalau ye pon hang tu memang jahat, memang bengap, tolong la jangan tunjuk dekat adik adik. Bengap tu simpan kejap lah, berlakon baik la sikit. Kalau hang tak mampu jadi anak yang baik, bagi lah peluang untuk adik hang, okay? Nak tengok apa apa cerita pelik pelik ke apa please la jangan dekat rumah yang ada adik hang. Kanak kanak tengah nak membesar, tengah cari identiti lagi. Mereka memang mudah terpengaruh dengan apa apa yang dilihat, walaupun kadang2 tak faham pon sebenarnya.
Kita asyik sibuk nak ubah negara, nak ubah dunia, tapi kita lupa pada komuniti kecil yang paling hampir dengan kita, yang paling kita sayang iaitu adik beradik. Selalu selalulah jenguk2 apa yang adik adik kita buat dan jadilah yang terbaik untuk mereka. Tak rugi apa pon, percayalah.
regards,
Rubi Hasman,
Thesre Kain Sari India
Comments
Post a Comment